Kemaafan adalah dendam yang terindah....


Kemaafan...adalah DENDAM YANG TERINDAH

Sunday, April 7, 2019

Kaulah yang ku sayang

Hadirmu di sisiku membuatkan hatiku tenang... Kau amat manja.. Kaulah teman disaat diriku kesepian...

Friday, January 5, 2018

Umrah Pertamaku

Tanggal 9.12.2017 aku telah diberi kesempatan untuk ke Tanah suci bagi menyempurnakan ibadah umrah...umrah yang pertama bagiku dan suami, syukur alhamdulillah dapat juga kami menjejak kaki kebumi yang penuh barakah. Kami menggunakan perkhidmatan Al Quds Kota Bharu dan Mutawifnya adalah Ustaz Kamil. Perjalananku kali ini bersama dengan adikku Asmad serta suami dan anak-anak dan juga adikku Filzah.

Kami bertolak dari KLIA pada jam 3.00 petang menuju ke Jeddah, penerbangan mengambil masa selama 9 jam. Dari Jeddah kami menaiki bas ke Madinah selama 6 jam. Di Madinah kami menginap di hotel Al Salihiya berdekatan dengan masjid Nabawi.

Setelah 3 hari di madinah kami bertolak ke Mekah dengan menaiki bas . Di Mekah kami menginap di Hotel Anjum berhampiran dengan Masjidilharam.
Di depan tempat penginapan semasa di Mekah (hotel Anjum)
Di Jabal Rahmah













Tuesday, October 20, 2015

Majlis Persaraan Noor dan Perpisahan Siti




Sylvia, Hajjah Zakiah, Noor Fooziah, Siti Jailah, Mislah dan Che Rohani

Pada 16 Oktober 2015, kami di UPP telah mengadakan majlis persaraan buat Pn Noor Foziah Anuar. Doa kami moga beliau gembira di alam persaraan.

Pada tarikh ini juga kami turut mengadakan majlis perpisahan buat Pn Siti Jailah Haji Dol Lajis yang telah bertukar ke Bahagian Maklumat Gunatanah Negara..Semoga Siti gembira ditempat baru.

Friday, February 13, 2015

kenduri kahwin yang melucukan

Hari ini 14 februari 2015 tercatit suatu memori yang pasti tak kan kulupakan sepanjang hayat...sememangnya dah terasa berat hati nak pergi tapi orang sebelah beria2 ajak pergi..tempatnya di aras 2 perbadanan putrajaya..rasanya dewan melati...sampai di sana dah ramai tetamu...

Sidia memilih tempat yang cuma ada  sepasang suami isteri...aku tak tau siapa dia...kami makan dan bila suami isteri itu bercadang untuk meninggalkan majlis datang seseorang yang biasa ku lihat dalam tv...menteri wilayah persekutuan...terus duduk dan makan bersama..aku jadi tak selesa sebab sidia cuma diam je...lalu cepat kuhabiskan makanan dan senyum pada yb dato seri dan terus beredar...meninggalkan majlis.

Cerita lucu bermula disini...keluar dari dewan tuan rumah menunggu dipintu, disebabkan suami yang mengenali tuan rumah jadi sampul cuma satu..jumlah sama dengan untuk 2 orang, aku dah cakap dengan suami biar le aku juga bagi...suami selalu cakap sama je...bila suami bersalam dengan tuan rumah yang lelaki, aku pula bersalam dengan yang perempuan, tapi tangan kosong sebab suami dah bagi duit, seseorang menghulurkan beg cenderahati aku hulurkan tangan nak sambut, tapi cepat2 tuan rumah menghalang, aku cakap tak pe2...dalam hati..amboi..masa kau datang ke kenduri aku macam2 aku bagi....aku terus kesebelah suami dan inilah yang dia dapat....bukan barang yang kami dambakan...cuma airmuka tetamu tu jaga le sikit....


Wednesday, February 11, 2015

selamat datang 2015

Meski pun hari ini 12 februari 2015, namun Aku rasa masih belum terlewat untuk mengucapkan seLamat tahun baru semoga hidup kita lebih bermakna dalam setiap detik yang bakal kita lalui.

Thursday, October 16, 2014

Si Pengadu Domba

Untuk kesekian kalinya aku terkena, selama ini dia sering menyatakan dia lah manusia yang berpegangan pada janji, seorang yang tiada hasad dengki, manusia yang paling ikhlas dalam menjalankan tugas, namun hari ini sikap lamanya datang lagi, seolah-olah hilang ingatan, asyik memerli pada jiran sebelahnya, sebabnya adalah satu perkara yang kecil sahaja, sehingga aku terlibat sama dalam kemelut ini.

Buat mu seorang wanita yang bernama sahabat, ingatlah Allah tahu niat dihatimu, usah irihati pada orang lain, kalau tidak puas hati berdepan dengan siapa saja yang buat dirimu sakit hati, usah ungkit cerita lama, usah memutuskan silatulrahim sesama kita, kalau beginilah perilaku mu memang betul cakap beberapa orang, dirimu tak kan berubah.

Tuesday, March 25, 2014

MH 370 Hilang mu adalah suatu trajedi

Hilangnya dikau entah dimana
Tiap hari, berita tentangmu 
Terpampang di dada media
MH370..kami mengharapkan kau kembali

Kembali kesisi yang menyayangimu
yang tiap detik terus berdoa
bersama jutaan harapan
moga orang tersayag kembali ke sisi

Biar berjuta kata nesta 
biar berjuta cercaan
namun firasat ku mengatakan
semuanya adalah....TRAJEDI

Hilangmu diratapi oleh dunia
hanya doa dan air mata dari semua
mengiringi pengakhiran mu....

annie Mac 2014

Sunday, February 23, 2014

Bila Hati Sudah Tidak Suka

Kata orang kalau kita tidak menyukai sesuatu kita pasti tidak mahu melihatnya. biar pun hanya bayangan..begitulah aku..bukan tidak menyukai pada seseorang tapi pada persekiran dan pendapatnya...bila orang suka menuduh aku jadi meluat....semoga orang itu mendapat hidayah dari Allah...

Sunday, January 12, 2014

bosan

Siang tadi sekali lagi aku ke sini...ya..sorang2 sebabnya orang yang biasa menemaniku ada tugas di sarawak, jadi untuk memenuhi masa lapangku rasanya baik aku pergi urut kaki dan bahu, kalau seharian dipejabat dan asyik mengadap pc je memang  le sakut vahu kita...

Thursday, January 9, 2014

Laporan Nilaian Prestasi Tahunan....

Kadang-kadang bila membincangkan perkara ini aku meluat, dimanakah letaknya keadilan sekiranya penilaian diberi main suka hati saja....sepatutnya lihat dulu apakah sumbangan PYD..apakah pegawai yang menilai itu mempunyai hubungan terus dengan pegawai yang dinilai, lihat dulu beban tugas pyd..apakah hanya satu tugas atau lebih...adillah dalam pembahagian kerja agar anda juga tidak berdosa nanti..ingat dosa dengan manusia susah untuk kita pohon ampun...

Sepanjang aku bekerja, apa yang tak aku buat...semua ok...minit siap dalam masa 3 hari tapi tengoklah orang yang nak tanda tangan pula...surat menyurat semua ok...rekod hrmis ok...sejak aku datang ke unit ini cuti orang sini habis sebabnya aku rekod betul-betul bukan sambil lewa...ambil inisiatif sendiri...tengok kad perakam waktu dulu...memang ramai yang cuti kecemasan kalau pentadbir tu bengap..nampak nya joli katak le...dipejabat tak ada hujung tahun cuti bawa kedepan...ketahuilah apa yang kamu lakukan Allah nampak...usah takut pada aku...takut pada Allah.

Satu lagi aku nak sentuh....bila ada sesuatu mesyuarat dijalankan dan unit ni jadi urusetia aku bukan goyang kaki tau...bukan macam sesetengah orang macam pahat dengan pemukul...tak payah suruh semua urusan aku buat kecuali yang tempah hotel tu......itu kerja orang lain....dia memang mahir bab ni....tapi urusetia lain buat apa....paling aku sakit hati bila ada orang kata urusetia duduk tercongok saja....siapa?...lain kali cakap siang pandang2 le...oh ya lupa...apa jadi dengan blog yang aku buat tu...tak guna ke?...kadang2 aku fikir juga kenapa le nak susahkan orang..maklumat RT tu kan aku dah letak dalam blog...tengok saja ....