Kemaafan adalah dendam yang terindah....


Kemaafan...adalah DENDAM YANG TERINDAH

Tuesday, September 6, 2011

Edit gambar dengan adobe photoshop



Sejak berpindah ke tempat baru ni aku rasa banyak benda yang dulu aku agak mahir lakukan kini hanya tinggal kenangan...untuk mengasah kembali mindaku ke arah itu kucuba kembali sedikit denmi sedikit...ya...akan ku cuba dengan 2 foto ini...pertama diriku sendiri dan yang kedua fota aku dan adik-adikku...

Monday, September 5, 2011

Raya di rumah Ana BPw






Masanya...waktu rehat, ye le waktu makan tengahari...kami ke rumah Ana di kuaters jalan duta, aku menumpang kereta Nadz bersama Pooja dan Yanti, yang lain-lain naik kereta Ana...sampai di sana..aku tak buat apa-apa, sebabnya masih ramai yang muda belia kat dapur tu..kui-kui...aku dah tua ke?...ishhhh...tak nak ngaku le...cer tenguk muka..kih3...perasan...pooja teramat lah rajin al maklumlah dia isteri mithali...walau masih belajar, dia seorang wanita yang cekal...hai...tak larat le nak ikut cara pooja.. mau aku pengsan...walau apa pun buat Ana,semua yang telah bersusah payah menyediakan hidangan lemang dan rendang tu terima kasih banyak-banyak ya...

Jalan-jalan berhari raya di rumah saudara mara di kampung






Hari raya ke dua, masa untuk menziarah saudara mara, masa inilah saja yang kami sempat untuk mengenali ahli keluarga baru, anak-anak sepupu atau siapa saja yang ada dalam susr galur keluarga kami...seperti biasa, lepas ke pusara ayah, kepusara nenek pula, pusara nenek terletak berhampiran dengan rumah sepupuku...jadi kami beramai-ramai ke rumah abang aseh...selain rumah abang aseh ke rumah ibu saudara suamiku yati dan ke rumah kawan faizal, ada kenduri kahwin.

Iftar di Mega View Kuantan








Rasanya masih belum terlambat untuk aku abadikan foto kenangan semasa dalam perjalanan balik ke kelantan , kami masih sempat untuk singgah bermalam di hotel kegemaran keluarga di kuantan...bukan apa ..pemandangan yang indah menjadi daya tarikan buat kami...bila memandang ke luar dari bilik penginapan, hati terasa tenang, setenang air sungai yang mengalir...teringat semasa masih di sini lapan tahun dahulu, bekerja di pejabat projek kuantan, sebelah petang habis kerja sambung belajar tajwid di masjid kuantan, hari sabtu dan ahad belajar mengaji (al quran) dengan ustaz mohd nor, terima kasih buat ustaz kerana sudi mengajar kami tanpa meletakkan berapa bayaranya...atas keikhlasan hati saja...