Kemaafan adalah dendam yang terindah....


Kemaafan...adalah DENDAM YANG TERINDAH

Saturday, August 29, 2009

suami comel nak kahwin


Kasih ibu membawa kesyurga....kasih saudara sentiasa bersama, kasih suami......sedetik cuma semoga kau dapat memberi selaut kasihmu pada isteri baru dan anak yang comel titipkan padamu....comel pergi bersama sebuah duka.....mengharapkan belaianmu disaat-saat akhirnya....mengharapkan engkau suapkan makanan untuknya disaat dia tidak berdaya..namun hampa jua....masihkah kau ingat, malam itu dia membisikkan pada ku dia teringin makansesuatu....lalu ku minta kau keluar sekejap untuk membeli namun hingga ke nafas terakhir kau tidak tunaikan....

Tuesday, August 25, 2009

Comel dalam ingatan

Perginya seorang adik yang dikasihi.....


Tanggal 18.06.2009 (khamis) waktu itu jam lebih kurang 9.52 malam, adik ku Mazliffah (Comel) telah pergi mengadap Yang Maha Esa, perginya melenyapkan segala duka nestapa, hilanglah penderitaan yang di tanggung......adikku pergi setelah menderita sakit kanser, di hospital USM Kubang Kerian, pergi meninggalkan orang yang disayangi dan menyayanginya....kami sekeluarga, ayah, ibu,abang,kakak, ipar duai dan anak-anak saudara juga ibu dan bapa saudara sentiasa berada di sisi di saat dia dalam kesakitan....perginya dalam keadaan koma, sebelum comel koma dia sempat membisikkan kata -kata akhir pada ku....katanya dia sayang pada kami kerana menjaganya....dia ucapkan terima kasih kepada kami.....aku tau betapa dia berkecil hati atas sikap suaminya...katanya suaminya tidak sayangkannya.....aku cuba memujuknya, kataku suaminya amat menyayanginya, katanya aku cuma mau sedapkan hatinya saja, aku jadi serba salah, sememangnya disaat ini, saat-saat terakhir suami amat perlu memberi sokongan moral padanya, belaian kasih amat diharapkan, namun sia-sia saja, masih terngiang-ngiang di telingaku saat dia merintih....mengenangkan nasibnya, dia seolah tau ajalnya sudah hampir!..dia menangis dan mengatakan dia amat kesunyian.kami adik beradik, ayah ibu dan saudara mara membacakan ayat-ayat suci bagi meringankan penderitaanya...dari sumber yang boleh dipercayai ku dapat tau sakitnya sebenar bukan sahaja kanser tapi dia dianiaya orang...hanya manusia itu saja yang tahu disamping keluarganya...sungguh tergamak kau lakukan ini .....semoga Allah membalas kekejamanmu.

Tuesday, June 9, 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008


Hari yang di tunggu berlangsung sudah!...APC 2008 telah selamat diadakan pada 4 Jun 2009, kami AJK persiapan tempat merakamkan ucapan tahniah pada semua warga JPBD yang cemerlang! semoga kecemerlangan anda membakar semangat orang lain untuk menjejaki anda!

Terima Kasih



Hanya ingin merakamkan ucapan terima kasih pada seorang teman yang bersusah payah membeli bahan-bahan tersebut dan seterusnya meminta pihak Rumah Rehat Kudat untuk memasak makanan ini untuk kami....terima kasih atas budimu..sungguh enak masakan orang Sabah!

Tip Of Borneo, Kudat Sabah


Tip Of Borneo terletak kira-kira 40km dari Bandar Kudat Sabah, disini anda akan dapat melihat keidahan alam yang begitu unik sekali...apakah ia akibat hakisan pantai atau telah terjadi sejak dulu lagi.

Monday, June 8, 2009

Pusara



Semasa berjalan diantara rumah di Kg. Batu Sirih tiba-tiba terlihat sesuatu yang agak berlainan, mula-mula ingatkan tempat bermain anak-anak penghuni rumah tersebut, lalu ku tanya pada penduduk kampung apakah dia kegunaan tanah yang di tutupi sekelilingnya dengan batu-batu sungai itu, lalu jawab penduduk kampung inilah pusara mereka yang telah pergi.....

Tuesday, May 12, 2009

Kg. Batu Sirih, Pulau Balambangan, sabah



keindahan pantai di kampung batu sirih, pulau balambangan sabah, pasirnya yang memutih dan air yang biru kehijauan, ketenangan air laut ini tidak sesuai untuk mandi manda kerana disini terdapat buaya air masin yang sering dilihat di perairan batu sirih...menurut penduduk tempatan buaya sudah berani naik ke pantai dan ini amat menakutkan...sudah ada mangsa yang terkorban semasa menyelam.

Kg. Kok Simpul Pulau Balambangan, Sabah


Kg. Kok Simpul merupakan sebuah kampung yang berpenghuni di pulau balambangan(terdapat juga kampung yang tidak berpenghuni), terdapat 15 buah rumah di kampung ini dan kebanyakan penduduknya mempunyai pertalian keluarga, tiada kemudahan asas yang terdapat di kampung ini, sumber air yang digunakan adalah dari air hujan yang disimpan didalam bekas, meskipun berada ditahap kemiskinan penduduknya mementingkan kebersihan..halaman rumah yang bersih dari sampah sarap namun disebalik kebersihan halaman rumah ada sesuatu yang mencacatkan suasana,sepanjang berada disini hati tertanya-tanya dimana....TANDAS...sepanjang berada disini terpaksalah menahan....hinggalah sampai ke bot baru lega!..lain kali jangan minum air....

Monday, May 11, 2009

Pulau Balambangan Sabah


Pulau Balambangan


Pulau yang indah ini terletak kira2 30km dari bandar kudat, Sabah, pulau ini masih jauh dari arus pembangunan, keadaan persekitaran yang masih lagi dipenuhi oleh hutan dan semak, jumlah penduduk adalah 474 orang pada tahun 2000 kaum ubian mendominasi jumlah keseluruhan penduduk pulau ini, terdapat beberapa kampung disini dan kemudahan sekola
h hanya terdapat di kampung selamat,
untuk sampai kesini anda boleh menyewa bot laju dengan kadar sewaan rm 1200 sehari (pergi dan balik) untuk mengelilingi pulau, tempat penginapan masih belum mencukupi dan masih lagi dalam keadaan yang paling minima sekiranya anda ingin menerokai gua anda boleh datang kesini dan nikmatilah keindahan gua batu kapur yang terdapat disini.

Seraut wajah seribu tipuhelah


hafiz zulkefli begitulah nama pemilik wajah ini, menelefon ku di lewat malam bertanyakan rumah untuk disewa..katanya ASAP....tergesa-gesa nampaknya...lalu atas belas ihsan aku benarkan dia memasuki rumah dan perjanjian lisan dibuat...1+1, deposit api & air rm 200.00 hujung minggu aku ke kuantan kami berjumpa...dia tidak ada di rumah yang ada isterinya zaza dan abangnya arman, aku dah nampak macam ada yang tak kena sebab lama kami menunggu baru dia pulang!...dia serahkan duit hanya rm 500.00, sepatutnya 1500.00,katanya bulan depan akan bayar sejak itu mula lah berbagai alasan, bila minta cakap lupa dll, paksa baru bayar sehinggalah masuk tiga bula sewa masih tak bayar aku mula naik angin...kalau begini jadinya habis le kami...ini kali ke 2 terjadi......

Monday, March 16, 2009

Gua Tempurung, Gopeng Perak




Meneroka keindahan gua tempurung adalah sesuatu yang mencabar kesabaranku...bermula dengan berjalan didalam air yang amat menyejukkan hinggalah terpaksa memasuki lubang yang sempit yang hanya muat tubuh sahaja amat menggerunkan, namun kemana lagi hendak ku lari walaupun gerun masuk juga le...nak tinggal sendiri tak mungkin, bagi yang mengalami masalah pernafasan eluk fikir dua kali kerana selama seminggu aku jadi tak sihat, sesak nafas dan macam-macam lagi...namun semua itu adalah cabaran...tanpa cabaran hidup ini tidaklah indah!...berada dalam gua terasa aman...jauh dari pandangan mata yang merimaskan....dalam gua ada ketenangan....namun kadang-kadang menyeramkan!

Tuesday, February 10, 2009

Ciri-Ciri Kepimpinan

Apakah bos anda mempunyai ciri-ciri kepimpinan?....seperti di bawah:
1. Mementingkan matlamat Kerja:
iaitu mementingkan perancangan kerja, pembahagian tugas, penyelarasan kerja dan kawalan mutu. Apa yang dilihat hari ini ciri-ciri itu jarang ada pada seorang manusia yang hanya mendengar kata orang yang dipercayainya, tanpa memikir apa akan jadi natinya pada organisasi yang dia terajui