Kemaafan adalah dendam yang terindah....


Kemaafan...adalah DENDAM YANG TERINDAH

Sunday, January 12, 2014

bosan

Siang tadi sekali lagi aku ke sini...ya..sorang2 sebabnya orang yang biasa menemaniku ada tugas di sarawak, jadi untuk memenuhi masa lapangku rasanya baik aku pergi urut kaki dan bahu, kalau seharian dipejabat dan asyik mengadap pc je memang  le sakut vahu kita...

Thursday, January 9, 2014

Laporan Nilaian Prestasi Tahunan....

Kadang-kadang bila membincangkan perkara ini aku meluat, dimanakah letaknya keadilan sekiranya penilaian diberi main suka hati saja....sepatutnya lihat dulu apakah sumbangan PYD..apakah pegawai yang menilai itu mempunyai hubungan terus dengan pegawai yang dinilai, lihat dulu beban tugas pyd..apakah hanya satu tugas atau lebih...adillah dalam pembahagian kerja agar anda juga tidak berdosa nanti..ingat dosa dengan manusia susah untuk kita pohon ampun...

Sepanjang aku bekerja, apa yang tak aku buat...semua ok...minit siap dalam masa 3 hari tapi tengoklah orang yang nak tanda tangan pula...surat menyurat semua ok...rekod hrmis ok...sejak aku datang ke unit ini cuti orang sini habis sebabnya aku rekod betul-betul bukan sambil lewa...ambil inisiatif sendiri...tengok kad perakam waktu dulu...memang ramai yang cuti kecemasan kalau pentadbir tu bengap..nampak nya joli katak le...dipejabat tak ada hujung tahun cuti bawa kedepan...ketahuilah apa yang kamu lakukan Allah nampak...usah takut pada aku...takut pada Allah.

Satu lagi aku nak sentuh....bila ada sesuatu mesyuarat dijalankan dan unit ni jadi urusetia aku bukan goyang kaki tau...bukan macam sesetengah orang macam pahat dengan pemukul...tak payah suruh semua urusan aku buat kecuali yang tempah hotel tu......itu kerja orang lain....dia memang mahir bab ni....tapi urusetia lain buat apa....paling aku sakit hati bila ada orang kata urusetia duduk tercongok saja....siapa?...lain kali cakap siang pandang2 le...oh ya lupa...apa jadi dengan blog yang aku buat tu...tak guna ke?...kadang2 aku fikir juga kenapa le nak susahkan orang..maklumat RT tu kan aku dah letak dalam blog...tengok saja ....

Wednesday, January 8, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Rasanya masih belum terlambat untuk ku ucapkan selamat tahun baru buat semua teman-teman dan sesiapa yang sudi menjengah ke blog pribadiku ini semoga kita diberi kesihatan yang baik, dilapangkan dada dari memikirkan sesuatu yang mengganggu emosi ingatlah sesungguhnya jika ada sesuatu yang buruk itu bertandang dalam kehidupan kita anggaplah ia sebagai dugaan dari Allah...

Setiap saat kupanjatkan doa moga hidup ini sentiasa diberkati dan aku tidak menjadi orang yang tamak...atau hipokrit baik dalam  kehidupan atau kerjaya. Sesungguhnya banyak contoh didepan mata, ketidakadilan berlaku dimana-mana semoga apa yang telah berlaku akan mendapat ganjaran diakhirat nanti....