Kemaafan adalah dendam yang terindah....


Kemaafan...adalah DENDAM YANG TERINDAH

Sunday, January 31, 2010

Saturday, January 30, 2010

Selamat Tinggal BPW







Setelah berkhidmat selama 6 tahun di Bahagian Perancangan Wilayah (bermula dari 1 Julai 2003 hingga 18 Januari 2010), kami bertiga (Aku, Abu dan Nadz) telah selamat ditukarkan ke Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan kami ditempatkan di unit berasingan, Abu di Unit Khidmat Nasihat, aku di Unit Kawal Selia dan Nadz di Unit Gubalan, harapan ku agar kami dapat memberikan perkhidmatan terbaik di bahagian baru ini meskipun tugas yang amat berbeza namun perumpamaan lama tetap kami junjung...dimana bumi di pijak di situ langit di junjung....untuk pertama kalinya aku dapat berehat, kalau selama ini banyak juga kerja yang terpaksa dibawa balik ke rumah namun disini masih belum lagi.kan ku simpan semua kisah suka duka bersama BPW yang pasti kadang-kadang hati tergiris juga bila ada suara-suara sumbang yang menidakkan semua pengorbanan yang telah diberi, walau apapun aku berpegang pada satu...tiap insan didunia ini ada kelemahannya tersendiri walau sebaikmana pun kerja kita ada yang tak berpuas hati...semoga orang baru dapat memberikan yang lebih baik.