|
Di Raudah Hotel |
|
Arwah Imran bersama Adikku Filzah |
Hari itu, tanggal 29 Mei 2012, saat aku sedang menyiapkan beberapa kerja yang masih belum selesai, adikku Din menelefon dalam isak tangis yang memilu, bertanya padaku apakah aku telah menerima berita yang memilukan ini, luluh hatiku bila adikku memaklumkan adikku Filzah dan keluarga terlibat dalam kemalangan, adik iparku Imran meninggal disitu juga, masih terbayang wajahnya, senyumanya jua gurau sendanya!...Imran ku panggil dengan panggilan mesra Wan.
Lalu tanpa berlengah aku memohon untuk balik awal dan bergegas ke hospital kuala lipis kerana disitulah semua mangsa ditempatkan, jenazah Wan, adikku dan anak2 yang cedera. Aku menelefon suami yang masih cuti sakit di rumah supaya bersiap untuk ke sana. Dari KL ke Lipis aku memandu dalam keadaan duka nestapa...ku panjatkan sejuta doa nan syahdu moga adikku juga anak2 saudaraku dalam keadaan selamat.
Sampai di sana, aku ke bilik yang menempatkan jenazah Wan, sayu hatiku, ku lihat ada kesan darah di kepalanya juga kesan jahitan...sekalong doa ku titipkan buatnya semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang di kasihiNya...
Aku tidak dibernarkan melawat adikku kerana hari sudah malam dan waktu melawat sudah tamat...keluarga membuat keputusan untuk memindahkan adiku dan anak2 ke kota bharu...lalu malam itu juga jenazah wan dan adikku serta anak2 yang cedera dipindahkan ke kota bharu dengan perkhidmatan ambulan swasta juga kereta jenazah.
Aku tak berdaya untuk memandu, jadi aku memilih untuk bermalam di kuala lipis manakala anak2 ku, ibu, abang dan adik2ku berserta keluarga bertolak malam itu juga.
Jenazah wan dikebumikan selepas subuh jadi aku dan anak2 juga beberapa orang adikku tak berpeluang menatapnya buat kali terakhir.