Kemaafan adalah dendam yang terindah....


Kemaafan...adalah DENDAM YANG TERINDAH

Tuesday, October 20, 2015

Majlis Persaraan Noor dan Perpisahan Siti




Sylvia, Hajjah Zakiah, Noor Fooziah, Siti Jailah, Mislah dan Che Rohani

Pada 16 Oktober 2015, kami di UPP telah mengadakan majlis persaraan buat Pn Noor Foziah Anuar. Doa kami moga beliau gembira di alam persaraan.

Pada tarikh ini juga kami turut mengadakan majlis perpisahan buat Pn Siti Jailah Haji Dol Lajis yang telah bertukar ke Bahagian Maklumat Gunatanah Negara..Semoga Siti gembira ditempat baru.

Friday, February 13, 2015

kenduri kahwin yang melucukan

Hari ini 14 februari 2015 tercatit suatu memori yang pasti tak kan kulupakan sepanjang hayat...sememangnya dah terasa berat hati nak pergi tapi orang sebelah beria2 ajak pergi..tempatnya di aras 2 perbadanan putrajaya..rasanya dewan melati...sampai di sana dah ramai tetamu...

Sidia memilih tempat yang cuma ada  sepasang suami isteri...aku tak tau siapa dia...kami makan dan bila suami isteri itu bercadang untuk meninggalkan majlis datang seseorang yang biasa ku lihat dalam tv...menteri wilayah persekutuan...terus duduk dan makan bersama..aku jadi tak selesa sebab sidia cuma diam je...lalu cepat kuhabiskan makanan dan senyum pada yb dato seri dan terus beredar...meninggalkan majlis.

Cerita lucu bermula disini...keluar dari dewan tuan rumah menunggu dipintu, disebabkan suami yang mengenali tuan rumah jadi sampul cuma satu..jumlah sama dengan untuk 2 orang, aku dah cakap dengan suami biar le aku juga bagi...suami selalu cakap sama je...bila suami bersalam dengan tuan rumah yang lelaki, aku pula bersalam dengan yang perempuan, tapi tangan kosong sebab suami dah bagi duit, seseorang menghulurkan beg cenderahati aku hulurkan tangan nak sambut, tapi cepat2 tuan rumah menghalang, aku cakap tak pe2...dalam hati..amboi..masa kau datang ke kenduri aku macam2 aku bagi....aku terus kesebelah suami dan inilah yang dia dapat....bukan barang yang kami dambakan...cuma airmuka tetamu tu jaga le sikit....


Wednesday, February 11, 2015

selamat datang 2015

Meski pun hari ini 12 februari 2015, namun Aku rasa masih belum terlewat untuk mengucapkan seLamat tahun baru semoga hidup kita lebih bermakna dalam setiap detik yang bakal kita lalui.