click to create your own
Kemaafan adalah dendam yang terindah....
Friday, June 24, 2011
Tuesday, June 21, 2011
Saka
bila direnung perkataan ini.... SAKA, berbagai perkara timbul dalam kotak fikiranku...macam mana ia terjadi...apa salah kami jenerasi yang terkemudian ini, kenapa dia tetap mengganggu kami setelah sekian lama ia menghuni tubuh generasi terdahulu....salahkah aku kiranya aku mencuba untuk membuangnya jauh dari kehidupan ku...mungkin orang lain tidak sedar atau sengaja tidak mahu ambil tahu...aku sebagai anak perempuan sulung rasa bertanggung jawab untuk menghapuskan nya dari mengganggu kami...berbagai cara telah dilakukan dan telah 2 kali aku membuangnya, namun bulan ini ku terima berita bahawa benda itu masih ada...selama ini aku sering diserang sakit kepala dan belakang, tiap minggu aku dapatkan perkhidmatan urutan di Berjaya Time Square, legalah untuk minggu itu..minggu depan sakit lagi...pergi lagi..dah banyak wang ringgit ku laburkan kalau ambil pakej yang sesuai...
suatu hari seseorang meminta aku menemaninya berjumpa dengan seorang ustazah di taman permata, aku terima pelawaannya, walaupun pada awalnya bukan tujuanku untuk berubat, namun bila aku diperiksa ternyata masih ada lagi saka yang telah ku buang dulu, kata ustazah orang yang buang dulu sebenarnya tak buang tapi menyimpan untuk kegunaan sendiri...lalu sejak hari itu aku berulang tiap2 hari ke rumah ustazah dan beliau meminta aku membawa ibu datang ke KL, lalu ku hubungi adik agar memujuk ibu datang, Alhamdulillah setelah ibu datang semuanya berakhir, cuma ada di antara kami adik beradik yang mempunyai pendapat yang berbeza, aku tak salahkan adik2 ku dalam mempertahankan aqidah mereka...aku juga beragama islam, dan tuhan yang aku sembah juga adalah Allah, sama seperti mereka.
bila teringat percanggahan pendapat ini sekali lagi aku ke rumah ustazah, aku minta biarlah hanya aku yang buang saka ini, namun ustazah tidak menerima saranan ini, sebabnya kami tujuh beradik dan masih ada seorang ibu, semua harus sepakat dalam hal ini....
jadi aku memohon supaya sama-sama lah kita mencari info tentang perkara ini...sekarang zaman IT semua di hujung jari..layarilah internet dan dapatkan info berkenaan dengan saka ini sebanyak mungkin dan cara membuangnya terdapat berbagai cara mengikut perjanjian nenek moyang yang terdahulu....

Thursday, February 17, 2011
mencuba
seharian aku mencuba untuk mencantikkan blog ini namun sia-sia saja...pada siapa nak ku tanya, hanya melalui forum yang terdapat dalam internet saja...aku tak mau blog ini hilang lagi...
Monday, January 24, 2011
selamat datang 2011
tahun 2010 telah berlalu bersama seribu kenangan pahit manis yang terpaksa dilalui oleh kita yang bernama manusia, insan ciptaan Allah yang dianugerah dengan seribu satu kelebihan dan keistimewaannya, namun begitu hidup ini tak selalunya indah, ada yang pahit dan ada juga manisnya, dimana beberapa insan yang pernahku kenali telah pergi mengadap Illahi, doaku semoga roh arwah dicucuri rahmat, semua kenangan pahit manis bersamanya tetap terpahat dalam ingatan dan aku juga telah memaafkan semua kata-kata yang menusuk kalbu yang pernah dilemparkan padaku, allah amat sayangkan nya dimana sebelum arwah meninggal allah telah sucikan dosa-dosanya terhadap kami, sesungguhnya bila kita di atas jangan sekali-kali menidakkan hak orang lain kerana kita tidak sukakanya sedangkan orang itu telah berkorban tenaga untuk organisasi yang kita sama-sama bernaung...masih terngiang-ngiang di telingaku saat aku bertemunya, dia memohon kemaafan dariku..meskipun lama tak bertemu ku tau ada keikhlasan pada kata-katanya...lalu setulus hatiku aku maafkan dia...semoga roh nya berada dikalangan orang yang di kasihiNya, Amin.
Tuesday, December 21, 2010
aduan awam Taman Bestari Nibong Tebal, Pulau Pinang

pada 22 hingga 23 september 2010, kami pasukan aduan awam dari UKSP telah membuat lawatan tapak bagi aduan yang diterima di taman Bestari Nibong Tebal Pulau Pinang, ini adalah lawatan tapak pertama ku di bahagian ini, aduan yang diterima dari orang awam berkaitan dengan bunyi bising di sebuah bengkel di taman perumahan ini, di sini tugas amat berlainan dengan bahagian lama, balik dari lawatan tapak kami mesti siapkan laporan aduan awam, sebagai orang baru disini aku perlu belajar dari bawah namum ianya tidak susah sebagaimana bahagian lama yang mana sekarang teman-teman ku sedang menyediakan laporan untuk RS, harapanku semoga semua yang terlibat dapat menerima tugas baru ini sebagai satu cabaran... kata orang alah bisa tegal biasa.

Saturday, December 18, 2010
senibina yang unik
Friday, October 22, 2010
Indahnya panorama di Kemboja
merakam memori indah saat berkesempatan melawat tasik terbesar di kemboja, kanak-kanak kecil bersama ular sawa itu adalah sebahagian dari warna kehidupan di pesekitaran tasik ini, mereka mencari rezeki dengan mengharapkan sumbangan dari pelancong...1usd untuk bergambar bersama ular yang melilt di leher, hajat dihati ingin mencuba melilt reptilia tersebut namun takut dan tak sanggup menghidu baunya yang kurang enak.

tonle sap

melihat keindahan sunset di bukit Phnom Bhankeng

merakam memori indah saat berkesempatan melawat tasik terbesar di kemboja, kanak-kanak kecil bersama ular sawa itu adalah sebahagian dari warna kehidupan di pesekitaran tasik ini, mereka mencari rezeki dengan mengharapkan sumbangan dari pelancong...1usd untuk bergambar bersama ular yang melilt di leher, hajat dihati ingin mencuba melilt reptilia tersebut namun takut dan tak sanggup menghidu baunya yang kurang enak.
angkor wat

merakamkan memori indah di angkor wat, meskipun perjalanan dari phnom penh ke siem reap mengambil masa yang agak lama dengan menggunakan jalan darat dan kenderaan mengalami kerosakan namun bila memandang keajaiban ini kepenatan hilang...dalam hati tertanya-tanya dengan apakah bongkah batu ini di angkut...mampukah tenaga manusia membawa keatas sana....
Subscribe to:
Posts (Atom)