aku kira belum terlewat untuk ku hulurkan salam ramadhan buat semua semoga kita sama-sama menunaikan kewajipan ini dengan hati yang ikhlas dan keikhlsan itu diterima Nya....tiap detik aku berdoa agar ramadhan kali ini aku berpeluang menunaikan solat tarawikh, moga diberi kekuatan dalam menunaikan solat sunat ini...dan seperti biasa kami di JPBD akan memulakan rutin yang tak pernah di tinggalkan iaitu bertadarus al quran...dan kali ini aku akan ikut kumpulan UPP (Unit Penyelarasan Projek) buat pertama kalinya.....
Kemaafan adalah dendam yang terindah....
Sunday, July 22, 2012
Wednesday, June 27, 2012
Thursday, June 21, 2012
Imran Che Omar (Wan) Dalam Ingatan
| sebagai wakil pihak lelaki di majlis pertunangan faizal |
| pasangan yang sentiasa bersama |
| bersama adik iparku Man dan Jak |
| bersama adikku Nasruddin |
| bersama abang aziz, mukhtar mustafa dan pak cu |
| wajah ceria arwah semasa menjadi wakil | di pihak lelaki |
Secebis ingatan buat yang telah pergi, hanya doa dan air mata mengiringi pemergianmu, buat adikku Filzah dan anak-anak semoga tabah menghadapi dugaan ini, kehilangan yang amat memedihkan, kehilangan yang tiada gantinya....
Dalam Ingatan
| Di Raudah Hotel |
![]() |
| Arwah Imran bersama Adikku Filzah |
Lalu tanpa berlengah aku memohon untuk balik awal dan bergegas ke hospital kuala lipis kerana disitulah semua mangsa ditempatkan, jenazah Wan, adikku dan anak2 yang cedera. Aku menelefon suami yang masih cuti sakit di rumah supaya bersiap untuk ke sana. Dari KL ke Lipis aku memandu dalam keadaan duka nestapa...ku panjatkan sejuta doa nan syahdu moga adikku juga anak2 saudaraku dalam keadaan selamat.
Sampai di sana, aku ke bilik yang menempatkan jenazah Wan, sayu hatiku, ku lihat ada kesan darah di kepalanya juga kesan jahitan...sekalong doa ku titipkan buatnya semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang di kasihiNya...
Aku tidak dibernarkan melawat adikku kerana hari sudah malam dan waktu melawat sudah tamat...keluarga membuat keputusan untuk memindahkan adiku dan anak2 ke kota bharu...lalu malam itu juga jenazah wan dan adikku serta anak2 yang cedera dipindahkan ke kota bharu dengan perkhidmatan ambulan swasta juga kereta jenazah.
Aku tak berdaya untuk memandu, jadi aku memilih untuk bermalam di kuala lipis manakala anak2 ku, ibu, abang dan adik2ku berserta keluarga bertolak malam itu juga.
Jenazah wan dikebumikan selepas subuh jadi aku dan anak2 juga beberapa orang adikku tak berpeluang menatapnya buat kali terakhir.
Wednesday, May 16, 2012
Tiba-tiba aku mau menulis lagi
Sejak berpindah dari bahagian perundangan ke unit penyelarasan projek hati aku jadi kacau ada hari-hari tertentu keadaan amat sibuk, pening jadinya, sebab aku orang baru, kurang memahami dan tidak meminati bidang ini...tiba2 jawatan kami di jumud tanpa di selidiki dahulu siapa yang lama di bhg itu, kami hampir satu unit terpaksa berpindah, dengan peralatan yang tiada macxam setinggan pada mulanya membuatkan hati tidak ceria....
Wednesday, February 29, 2012
Sunday, February 19, 2012
Indahnya alam Ciptaan Illahi
kursus BI di British Council Malaysia
malam jasamu dikenang
Malam Jasamu di kenang buat Y.H Dato' Hamisah Ariffin
Nadz dan Liza..
Aku, Liza dan Jah...
Ree dari JPBD Negeri Perak
kami pernah bersama semasa YH Dato menjadi pengarah
BPW
Tn Hj Anas, En. Aziz dan Ree Kamaruddin
mengabadikan foto kenangan bersama en fahmi...
Lin dan suami bersama datin shikin, pn harizah dll
Saturday, February 18, 2012
Perhimpunan Bulanan JPBD
Y. Bhg. Dato KP menyampaikan cenderahati
kepada Y. Berusaha Ustaz
Bulan Februari juga merupakan bulan kelahiran
bagi Y. Bhg. Dato KP dan TKP Perancangan
Kami dari Unit Penyelarasan Projek
Teman-teman dari UPP
Seperti biasa setiap bulan warga JPBD akan berkumpul di Auditorium Tan Sri KR Soma
untuk bersama-sama menghayati amanat dari Dato' KP dan bagi bulan februari ini ada keistimewaan tersendiri..Sambutan Maulidur Rasul disambut dengan ceramah dan selawat ke atas junjungan nabi saw...
Subscribe to:
Posts (Atom)


