Kemaafan adalah dendam yang terindah....


Kemaafan...adalah DENDAM YANG TERINDAH

Tuesday, February 26, 2013

Persaraan Cik Latifah

menunggu hidangan
antara sahabat yang datang
gambar kenangan sebelum berpisah
cik tip sedang memberi ucapan perpisahan
Sempena persaraan Cik Latifah dan Pn Zaharah, kami rakan-rakan lama mengadakan sedikit jamuan perpisahan buat mereka biar pun secara kecil-kecilan, namun ianya tetap berbekas dihati...buat Tip, senyuman mu tetap menjadi kenangan...biarpun kita tidak lagi dalam satu jabatan, namun hubungan persahabatan tetap kekal buat selamanya...selamat bersara pilihan buat mu...

Sunday, February 24, 2013

Hargai lah nyawa yang dipinjamkan (tragedi bunuh diri di BTS)


Satu tragedi yang meragut nyawa
Tak dapat dibayangkan betapa sedihnya insan yang menyayanginya....entah kenapa jalan ini yang dipilihnya....walau apapun kita hanyalah mampu bersimpati...secara tak sengaja menyaksikan tragedi ini...dalam perjalanan balik dari tempat lain...melihat ramai orang memandang ke bawah....aku pun turut serta rupa2nya ada seorang wanita telah terjun dari tingkat enam, wanita berbangsa cina...rasanya ini bukan kali pertama tempat ini menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menamatkan riwayatnya...

Selamat Datang 2013

Rasanya masih belum terlewat untuk ku sampaikan ucapan selamat menyambut tahun 2013 buat semua sahabat juga sesiapa saja yang mengunjungi blog ini...doaku agar ditahun 2013 ini kita dianugerahkan kesihatan yang baik juga hidup penuh keceriaan, disamping itu kita juga tak lupa untuk memanjatkan doa agar perjalanan hidup yang sedetik cuma akan diberkati oleh Allah....semoga kita sentiasa dipermudahkan dalam apa jua bidang  yang kita ceburi oleh Allah.

Bagi diriku pula, sepanjang dua bulan tahun baru menjengah, ada suka dan dukanya.. ya! ...sebutir permata yang hadir dalam hidup kami telah mengguriskan hati kami...membuat jantungku berhenti berdenyut...terfikir juga dalam hatiku...alangkah malunya keluarganya kalau mengetahui semua ini...kata orang aib diri seseorang itu usah didedahkan...jadi peluang kedua dan terakhir kami berikan...juga sebuah  kemaafan telah kami titipkan  padanya...semoga tidak akan berulang kisah yang amat menyakitkan kami...hargailah kasih sayang yang diberi..... sesungguhnya Allah Maha mengetahui segalanya....dan ingatlah Kemaafan adalah dendam yang terindah....

Tuesday, October 23, 2012

kursus seni kreatif tangan, jahitan manik & labuci oleh KEMAS

Kursus anjuran puspanita KPKT ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Keusahawanan dan dipengerusikan oleh Pengarah BPW. Kursus ini diadakan pada 23.10.2012  dari jam 8.30 pagi hingga jam  12.15 tengahari.
Melor, Liza dan Mid sedang tekun belajar


peserta dari pelbagai jabatan dibawah KPKT



Pn Atikah menerima cenderahati dari Pn Marhamah (datin)
 wakil Pengerusi JKkeusahawanan
Pn Pengerusi meyampaikan ucapan
Majlis seterusnya disambung dengan sebentar bersama "buka minda untuk menjadi usahawan" peserta diberi suntikan minda bagaimana cara untuk menjadi usahawan yang berjaya oleh Pn. Atikah.

Thursday, October 18, 2012

Mesyuarat Pengurus-Pengurus Projek di MSuites Hotel Johor Bahru

bos-bos sedang siapkan peralatan untuk pembentangan Pn. Robi

Nizam begitu tekun..gilir-gilir jaga slide


Adapter begini yang hilang, di dalam beg pun dicuri


Peserta bengkel sedang berbincang
Mesyuarat tersebut telah berlangsung pada 10-12 Oktober 2012 yang lalu, seperti biasa, kami dari Unit Penyelarasan Projek telah menjadi urus setia pada mesyuarat tersebut, Semua berjalan dengan baik cuma apa yang aku kesalkan adalah berlaku kecurian di bilik 119 dan bilik 117, adapter samsung galaxy ku dicuri begitu juga Pn. Sylvia...kehilangan adapter....hai pengurusan MSuites JB jawab jangan tak jawab.....

Tuesday, September 11, 2012

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Unit Penyelarasan Projek

Abu...makan sorang ke? mana kawan2 lain..
Pn Wani dan Pooja
kami di UPP pasti merindui Adah
sebelum tetamu datang

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan buat semua

aku kira belum terlewat untuk ku hulurkan salam ramadhan buat semua semoga kita sama-sama menunaikan kewajipan ini dengan hati yang ikhlas dan keikhlsan itu diterima Nya....tiap detik aku berdoa agar ramadhan kali ini aku berpeluang menunaikan solat tarawikh, moga diberi kekuatan dalam menunaikan solat sunat ini...dan seperti biasa kami di JPBD akan memulakan rutin yang tak pernah di tinggalkan iaitu bertadarus al quran...dan kali ini aku akan ikut kumpulan UPP (Unit Penyelarasan Projek) buat pertama kalinya.....

Wednesday, June 27, 2012

Thursday, June 21, 2012

Imran Che Omar (Wan) Dalam Ingatan

sebagai wakil pihak lelaki di majlis pertunangan faizal
pasangan yang sentiasa bersama
bersama adik iparku Man dan Jak
bersama adikku Nasruddin
bersama abang aziz, mukhtar mustafa dan pak cu
wajah ceria arwah semasa menjadi wakil di pihak lelaki
Secebis ingatan buat yang telah pergi, hanya doa dan air mata mengiringi pemergianmu, buat adikku Filzah dan anak-anak semoga tabah menghadapi dugaan ini, kehilangan yang amat memedihkan, kehilangan yang tiada gantinya....

Dalam Ingatan




Di Raudah Hotel

Arwah Imran bersama Adikku Filzah
Hari itu, tanggal 29 Mei 2012, saat aku sedang menyiapkan beberapa kerja yang masih belum selesai, adikku Din menelefon dalam isak tangis yang memilu, bertanya padaku apakah aku telah menerima berita yang memilukan ini, luluh hatiku bila adikku memaklumkan adikku Filzah dan keluarga terlibat dalam kemalangan, adik iparku Imran meninggal disitu juga, masih terbayang wajahnya, senyumanya jua gurau sendanya!...Imran ku panggil dengan panggilan mesra Wan.

Lalu tanpa berlengah aku memohon untuk balik awal dan bergegas ke hospital kuala lipis kerana disitulah semua mangsa ditempatkan, jenazah Wan, adikku dan anak2 yang cedera. Aku menelefon suami yang masih cuti sakit di rumah supaya bersiap untuk ke sana. Dari KL ke Lipis aku memandu dalam keadaan duka nestapa...ku panjatkan sejuta doa nan syahdu moga adikku juga anak2 saudaraku dalam keadaan selamat.

Sampai di sana, aku ke bilik yang menempatkan jenazah Wan, sayu  hatiku, ku lihat ada kesan darah di kepalanya juga kesan jahitan...sekalong doa ku titipkan buatnya semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang di kasihiNya...

Aku tidak dibernarkan melawat adikku kerana hari sudah malam dan waktu melawat sudah tamat...keluarga  membuat keputusan untuk memindahkan adiku dan anak2 ke kota bharu...lalu malam itu juga jenazah wan dan adikku serta anak2 yang cedera dipindahkan ke kota bharu dengan perkhidmatan ambulan swasta juga kereta jenazah.

Aku tak berdaya untuk memandu, jadi aku memilih untuk bermalam di kuala lipis manakala anak2 ku, ibu, abang dan adik2ku berserta keluarga bertolak malam itu juga.

Jenazah wan dikebumikan selepas subuh jadi aku dan anak2 juga  beberapa orang adikku tak berpeluang menatapnya buat kali terakhir.