Kemaafan adalah dendam yang terindah....


Kemaafan...adalah DENDAM YANG TERINDAH

Wednesday, September 4, 2013

Muzium Kesenian Islam...berbuka puasa


foto kenangan semasa berbuka puasa .....

Salam Perpisahan buat Pn Agnes Johari


Kami yang bernama wanita di UPP......
Tunggu....jangan terbang ....
Hari-hari terakhir pun masih banyak kerja...inilah UPP


29 Julai 2013 adalah hari terakhir bagi Pn Agnes Johari bertugas di Unit Penyelarasan Projek..kami warga UPP telah mengadakan majlis jasamu dikenang buat beliau....majlis ini juga turut dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi JPBD....

Semoga Pn Agnes gembira di sana...dibumi kelahiranya...bumi kenyalang...kami warga UPP merakamkan ucapan terima kasih atas semua tunjuk ajar...juga budi baiknya sepanjang menerajui UPP....

Sunday, July 7, 2013

myRTinfo

Masih ingat, hari itu 31 Jun 2013 semasa Mesyuarat Cadangan Perbelanjaan Rolling Plan ke Empat Tahun 2015, wakil KU UPP berjanji untuk sediakan blog dalam masa tiga hari dan akulah yang diamanahkan untuk membangunkannya....lalu kuminta bantuan dari Khalid dan Epul untuk membantu...khalid bantu upload semua RT dan Peta Cadangan dalam issuu.com manakala epul bantu scan report yang tidak ada soft copy....dan Ley pula ku minta untuk memberi  info tentang Status Penyediaan RT, manakala aku selain dari membangunkan blog ini, tugasku juga ialah untuk upload maklumat asas Perancangan yang telah UPP sediakan...
Alhamdulillah..janji telah ditepati....namun ia semacam tak ada apa2 perkembangan...nasib baik aku tak delete...biasanya kalau apa yang aku diminta buat dan telah siap tapi dibiarkan begitu saja aku pasti akan delete terus....namun belum sempat ku lenyapkan....bosku sms agar jangan delete.....pihak STM telah linkkan melalalui website townplan...lalu kekallah ia di seperti di atas....tugas kami adalah untuk mengemaskini setiap masa.....mengharapkan banyak lagi softcopy dari pejabat2 zon...jasa baik kalian dalam membantu memberi apa yang kami minta  tetap kami ingati....semoga semua informasi dapat membantu mereka yang memerlukan....

Monday, May 20, 2013

anugerah hari pekerja

hari itu, 8 Mei 2013 sekali lagi mencatat sejarah dalam hidupku...walaupun anugerahnya agak biasa saja tapi aku tetap gembira, dalam keadaan kakiku yang masih sakit, ku gagahi jua untuk turut serta..terima kasih buat semua....khasnya buat yang menilai...juga KESPERB ...sebenarnya kami bertiga tak pernah datang lambat, tak pernah mengambil cuti sakit dan tak pernah cuti kecemasan....

secebis kenangan

pemberian yang ikhlas bukan bererti saiz yang besar atau nilaian yang mahal....ianya lahir dari hati yang suci, jadi ikhlaslah semasa menerima dan memberi....semoga semua yang kita terima akan jadi koleksi indah dan terpahat dalam memori...


Thursday, May 16, 2013

urut tradisional mengembalikan langkah ku....

begitu tekun pakar mencari sendi yang lari

sakitnya hanya Allah yang tau...




Tarikh 7 Mei 2013 (selasa) masih terpahat kukuh dalam ingatan..semasa berjalan ke tempat bosku, tiba2 tubuhku macam tak seimbang dan hampir terjatuh, masa tu pakai sandal tinggi tapi tak le tinggi sangat dalam 2 inci je...keadaan ini menyebabkan kaki terkeluar dari sandal (tergelecet) dan aku dengar kaki berbunyi...aku rasa sakit yang amat sangat...kaki terus bengkak...macammana ni..aku dah tak boleh jalan, ku cuba dapatkan rawatan refleksologi di Amcorp mall...tapi hampa..kaki makin sakit...malamnya aku ke sg merab untuk rawatan phisioterapi..sakit kurang sikit tapi aku dapat rasakan sendi yang terkeluar masih tak dapat dimasukkan balik....

Hari khamis 9 mei 2013...sekali lagi aku ke felda bukit damar, lancang pahang untuk menemui en md jabu bagi memulihkan kakiku...dengan izin allah, tak sampai sepuluh minit semua penderitaanku berakhir...tapi awas!!! pesan en md jabu jangan jatuh lagi sebab untuk masukkan sendi kali kedua lebih sakit.....

sekalung ucapan terima kasih ku ucapkan pada en md jabu...ini kali kedua aku datang ke tempatnya...kali pertama 3 tahun lepas...kaki kiriku buat hal...jari patah....gara2 kasut tinggi...masih terngiang kata2 en md jabu..tak pakai kasut tinggi tak comel....lucu.... 
 

 

Monday, April 8, 2013

Secebis Kenangan diakhir 2012

hmmm kek untuk kami

Kami yang lahir dibulan November& Disember

selamat bersara buat k Dawn

Sunday, April 7, 2013

Aku telah kembali......(cuba jahit sendiri baju anda)

badan untuk baju

yang ni kekek & pesak di gabung

lengan baju
Syukur Alhamdulillah..minat ku datang lagi....kalau dulu aku hanya menempah je baju di butik atau kedai jahit biasa kini aku telah kembali menjahit..aku bukan lah seorang yang tidak tau menjahit...cakap apa saja fesyen aku boleh buat....bukan satu tempat aku belajar..tapi banyak tempat...dari yang murah sampaile yang mahal...cuma kata orang tak sampai seru untuk menceburi perniagaan ini....


Hari sabtu dan ahad, ku luangkan masa untuk menjahit...baju kurung pahang dan dress paling ku gemari...aku juga boleh menjahi pakaian lain...tapi buat masa ini cuma baju tu je le...sebabnya..tak de ruang untuk ku bentangkan kain..meja tak de...walaupun mesin jahit ada 5...tapi kalau meja untuk menggunting tak de macam mana bnak dapatkan hasil yang cantik..

sesiapa yang ingin cuba menjahit sendiri boleh emel jika mahu tahu caranya....percuma saja...kata orang buat amal dengan cara ini je yang aku mampu...emelkan kepada: rohani.salleh@gmail.com

Tuesday, April 2, 2013

Monday, April 1, 2013

Kuching, sekali lagi aku datang!

bergambar di pintu depan kg budaya

bersama adik dan anak saudara

menyeberangi sg sarawak untuk makan malam

persembahan di kg budaya

kesian...saja dipekena oleh dua orang pahlawan

amboi....cik gu Iskandar dan isteri

adikku asmad
gunung santubong



Tanggal 28 Mac 2013, sekali lagi bumi kenyalang ku jejaki, kali ini bersama bonda dan adik ku Asmad dan Filzah, mereka diiringi keluarga....masa yang singkat kami penuhi dengan berjalan disekitar hotel dan seterusnya menyewa van untuk ke kg budaya, kata orang tak sah kalau ke sarawak tidak ke kg budaya.

Tiket untuk masuk adalah RM 60.00 dan bagi warga emas diberi potongan 50%. dulu pernah aku kesini tapi dengan pakej hotel...harganya lebih murah iaitu rm 60.00 termasuk tambang...seandainya ingin berjalan ditempat lain baik sewa van saja..tapi kena berbincang betul2 agar tidak ada rasa tidak puas hati ...

Untuk mencari makanan halal anda hanya perlu menyeberangi sg sarawak...terdapat restoran yang menyediakan makanan halal....selain dari itu kita juga dapat membeli kek sarawak yang lazat....harga nya ikut bahan yamg digunakan...bermula dari rm 10 keatas....