tahun 2010 telah berlalu bersama seribu kenangan pahit manis yang terpaksa dilalui oleh kita yang bernama manusia, insan ciptaan Allah yang dianugerah dengan seribu satu kelebihan dan keistimewaannya, namun begitu hidup ini tak selalunya indah, ada yang pahit dan ada juga manisnya, dimana beberapa insan yang pernahku kenali telah pergi mengadap Illahi, doaku semoga roh arwah dicucuri rahmat, semua kenangan pahit manis bersamanya tetap terpahat dalam ingatan dan aku juga telah memaafkan semua kata-kata yang menusuk kalbu yang pernah dilemparkan padaku, allah amat sayangkan nya dimana sebelum arwah meninggal allah telah sucikan dosa-dosanya terhadap kami, sesungguhnya bila kita di atas jangan sekali-kali menidakkan hak orang lain kerana kita tidak sukakanya sedangkan orang itu telah berkorban tenaga untuk organisasi yang kita sama-sama bernaung...masih terngiang-ngiang di telingaku saat aku bertemunya, dia memohon kemaafan dariku..meskipun lama tak bertemu ku tau ada keikhlasan pada kata-katanya...lalu setulus hatiku aku maafkan dia...semoga roh nya berada dikalangan orang yang di kasihiNya, Amin.
Kemaafan adalah dendam yang terindah....
Monday, January 24, 2011
Tuesday, December 21, 2010
aduan awam Taman Bestari Nibong Tebal, Pulau Pinang

pada 22 hingga 23 september 2010, kami pasukan aduan awam dari UKSP telah membuat lawatan tapak bagi aduan yang diterima di taman Bestari Nibong Tebal Pulau Pinang, ini adalah lawatan tapak pertama ku di bahagian ini, aduan yang diterima dari orang awam berkaitan dengan bunyi bising di sebuah bengkel di taman perumahan ini, di sini tugas amat berlainan dengan bahagian lama, balik dari lawatan tapak kami mesti siapkan laporan aduan awam, sebagai orang baru disini aku perlu belajar dari bawah namum ianya tidak susah sebagaimana bahagian lama yang mana sekarang teman-teman ku sedang menyediakan laporan untuk RS, harapanku semoga semua yang terlibat dapat menerima tugas baru ini sebagai satu cabaran... kata orang alah bisa tegal biasa.

Saturday, December 18, 2010
senibina yang unik
Friday, October 22, 2010
Indahnya panorama di Kemboja
merakam memori indah saat berkesempatan melawat tasik terbesar di kemboja, kanak-kanak kecil bersama ular sawa itu adalah sebahagian dari warna kehidupan di pesekitaran tasik ini, mereka mencari rezeki dengan mengharapkan sumbangan dari pelancong...1usd untuk bergambar bersama ular yang melilt di leher, hajat dihati ingin mencuba melilt reptilia tersebut namun takut dan tak sanggup menghidu baunya yang kurang enak.


tonle sap

melihat keindahan sunset di bukit Phnom Bhankeng

merakam memori indah saat berkesempatan melawat tasik terbesar di kemboja, kanak-kanak kecil bersama ular sawa itu adalah sebahagian dari warna kehidupan di pesekitaran tasik ini, mereka mencari rezeki dengan mengharapkan sumbangan dari pelancong...1usd untuk bergambar bersama ular yang melilt di leher, hajat dihati ingin mencuba melilt reptilia tersebut namun takut dan tak sanggup menghidu baunya yang kurang enak.
angkor wat



merakamkan memori indah di angkor wat, meskipun perjalanan dari phnom penh ke siem reap mengambil masa yang agak lama dengan menggunakan jalan darat dan kenderaan mengalami kerosakan namun bila memandang keajaiban ini kepenatan hilang...dalam hati tertanya-tanya dengan apakah bongkah batu ini di angkut...mampukah tenaga manusia membawa keatas sana....
Tuesday, June 22, 2010
siapakah dia
semalam, ku terima sms dari seseorang....sungguh anih no hp hampir sama dengan ku, siapakah gerangan dia yang ingin menyamar....lalu hari ini ku cuba hubungi no itu, bila dia menjawab aku terus letakkan....untukmu kenapa harus berselindung...lupakan kenangan lalu di alam persekolahan...kita sudah terlalu dewasa....terimalah hakikat dirimu ku anggap sebagai seorang sahabat.
Monday, June 21, 2010
kasih sayang tergadai kerana harta

kata orang amat susah untuk memahami hati budi seseorang biarpun dia saudara kita, dari pengalaman ku ini memang terjadi, bila ayah pergi untuk selamanya aku dapat membaca isi hati saudara mara disebelah ayah, dimalam itu mereka menuntut supaya kami membayar hutang perniagaan ayah, sungguh tak masuk akal, selama ini kami 8 beradik termasuk abang telah ayah tinggalkan, kenapa bila ayah terbujur kaku dimalam itu juga macam-macam perkara timbul....lupakah kalian kami telah ditinggalkan...bagi aku ayah adalah suatu simbul sahaja...aku tau tanpanya aku takkan ada didunia ini, namum kalau kalian nak menagih hutang dariku....tak mungkin, hairan sekali, perniagaan ayah dikatakan rugi , kesian ayah !....
Sunday, June 20, 2010
melancong ke Vietnam
![]() |
| menyusuri sungai mekong... |
| melangkah dalam ketakutan dari dalam perahu |
| ingat jalanraya je yamg sibuk...sungai pun sama... |



Rasanya telah lama aku tak menjenguk blog ni..sejak berlaku dua kematian (adikku comel dan ayahku) dalam keluarga, aku jadi kurang berminat untuk menulis, kini aku kembali dengan berbagai kisah suka duka dalam kehidupan ini, hidup harus diteruskan meskipun ia tak seindah yang diharapkan, usah mudah terasa walaupun hati kadang-kadang terguris...
Subscribe to:
Posts (Atom)







