Kemaafan adalah dendam yang terindah....


Kemaafan...adalah DENDAM YANG TERINDAH

Monday, August 22, 2011

Iftar di Umai D'Lake Cafe Putrajaya




dari kuala lumpur ke putrajaya, ingin mencuba keenakan makanan di sini, dalam suasana yang pada mulanya santai, tapi bila masuk waktu berbuka agak sibuk kerana tempat yang sempit dan kurang cekap dalam menguruskan tempahan, kami hampir tak berbuka di sini walaupun faizal dah tempah dua hari sebelumnya...

Monday, August 15, 2011

Salam Ramadhan





Di kesempatan ini ingin ku hulurkan salam ramadhan buat semua muslimin dan muslimat semoga kita bersama menjaga puasa kita agar amalan ini diterima olehNya...syukur alhamdulillah kumpulan tadarus yang kami sertai di Wisma Tun Sambanthan ini telah selesai dalam jangka masa yang diharapkan dan kini kami teruskan dengan kelas tajwid buat sesiapa yang ingin mempelajari ilmu ini...Satu Majlis Khatam Al Quran telah di adakan di surau Ibu Pejabat,pada 19 Ogos 2011 yang lalu dan Y.Bhg Dato' KP telah sudi menyampaikan cenderahati kepada wakil kumpulan tadarus (diwakili oleh ketua kumpulan masing2)..ku abadikan gambar kenangan teman-teman yang hadir dan aku sendiri! seperti biasa tolong ambil gambar mereka pun dah cukup...tak lupa juga di abadikan disini gambar bos lamaku di BPW dulu..

Wednesday, July 20, 2011

semoga gembira di tempat baru





















Masa ni, kita orang buat makan2 untuk Athi dan Sue yang akan berpindah dari BPW ke tempat lain, Athi ke Bahagian Teknologi Maklumat KPKT dan Sue ke Pej Projek Zon Utara...meskipun aku bukan lagi warga BPW tapi aku tetap ikut serta...secebis ingatan dari kami buat athi dan sue semoga kalian gembira biarpun di mana berada..dan buat athi kenangan bersama selama hampir lapan tahun di jpbd (7 tahun di bpw) tetap terpahat dalam ingatan...buat sue pula biar pun kita berlainan bahagian namun kita sering bertegur sapa...

Monday, July 4, 2011

jalan-jalan di kota surabaya




tanggal 9 hingga 12 april 2011, sekali lagi kami memilih untuk ke negara jiran, Indonesia sebagai destinasi pelancongan kami, ya! kota surabaya yang penuh dengan kedamaian, warna kehijauan menghiasi kota ini,kami bertolak dari LCCT jam 10.00 malam menuju ke kota surabaya dalam kedinginan malam, perjalanan yang mengambil masa selama dua jam lebih. Setibanya di sana kami telah dibawa terus ke kota malang..suasana malam tidak memungkinkan kami menikmati keindahan kota ini.




perjalanan dari kota surabaya ke kota malang mengambil masa lebih kurang dua jam, dalam dingin pagi kami bergerak ke kota malang dengan bas yang sedia menunggu..setelah sampai lebih kurang jam 2 pagi kami cuma menempah 3 bilik satu untuk perempuan, satu bagi sang teruna dan satu lagi bagi yang berkeluarga (bilik yang lebih selesa menanti kami di kota surabaya)...setelah menjelang pagi kami mula berkemas untuk memulakan perjalanan...destinasi yang pertama adalah ke taman wisata...kemudian ke agro wisata untuk memetik buah epal, tiap seorang dari kami diminta memetik dua biji epal hijau,kemudianya kami di bawa ke air terjun Cobanrondo yang bermaksud air terjun janda...terdapat suatu kisah yang menarik disebalik nama ini...

Tuesday, June 21, 2011

Saka

bila direnung perkataan ini.... SAKA, berbagai perkara timbul dalam kotak fikiranku...macam mana ia terjadi...apa salah kami jenerasi yang terkemudian ini, kenapa dia tetap mengganggu kami setelah sekian lama ia menghuni tubuh generasi terdahulu....salahkah aku kiranya aku mencuba untuk membuangnya jauh dari kehidupan ku...mungkin orang lain tidak sedar atau sengaja tidak mahu ambil tahu...aku sebagai anak perempuan sulung rasa bertanggung jawab untuk menghapuskan nya dari mengganggu kami...berbagai cara telah dilakukan dan telah 2 kali aku membuangnya, namun bulan ini ku terima berita bahawa benda itu masih ada...selama ini aku sering diserang sakit kepala dan belakang, tiap minggu aku dapatkan perkhidmatan urutan di Berjaya Time Square, legalah untuk minggu itu..minggu depan sakit lagi...pergi lagi..dah banyak wang ringgit ku laburkan kalau ambil pakej yang sesuai...

suatu hari seseorang meminta aku menemaninya berjumpa dengan seorang ustazah di taman permata, aku terima pelawaannya, walaupun pada awalnya bukan tujuanku untuk berubat, namun bila aku diperiksa ternyata masih ada lagi saka yang telah ku buang dulu, kata ustazah orang yang buang dulu sebenarnya tak buang tapi menyimpan untuk kegunaan sendiri...lalu sejak hari itu aku berulang tiap2 hari ke rumah ustazah dan beliau meminta aku membawa ibu datang ke KL, lalu ku hubungi adik agar memujuk ibu datang, Alhamdulillah setelah ibu datang semuanya berakhir, cuma ada di antara kami adik beradik yang mempunyai pendapat yang berbeza, aku tak salahkan adik2 ku dalam mempertahankan aqidah mereka...aku juga beragama islam, dan tuhan yang aku sembah juga adalah Allah, sama seperti mereka.

bila teringat percanggahan pendapat ini sekali lagi aku ke rumah ustazah, aku minta biarlah hanya aku yang buang saka ini, namun ustazah tidak menerima saranan ini, sebabnya kami tujuh beradik dan masih ada seorang ibu, semua harus sepakat dalam hal ini....
jadi aku memohon supaya sama-sama lah kita mencari info tentang perkara ini...sekarang zaman IT semua di hujung jari..layarilah internet dan dapatkan info berkenaan dengan saka ini sebanyak mungkin dan cara membuangnya terdapat berbagai cara mengikut perjanjian nenek moyang yang terdahulu....

Thursday, February 17, 2011

mencuba

seharian aku mencuba untuk mencantikkan blog ini namun sia-sia saja...pada siapa nak ku tanya, hanya melalui forum yang terdapat dalam internet saja...aku tak mau blog ini hilang lagi...

Monday, January 24, 2011

selamat datang 2011

tahun 2010 telah berlalu bersama seribu kenangan pahit manis yang terpaksa dilalui oleh kita yang bernama manusia, insan ciptaan Allah yang dianugerah dengan seribu satu kelebihan dan keistimewaannya, namun begitu hidup ini tak selalunya indah, ada yang pahit dan ada juga manisnya, dimana beberapa insan yang pernahku kenali telah pergi mengadap Illahi, doaku semoga roh arwah dicucuri rahmat, semua kenangan pahit manis bersamanya tetap terpahat dalam ingatan dan aku juga telah memaafkan semua kata-kata yang menusuk kalbu yang pernah dilemparkan padaku, allah amat sayangkan nya dimana sebelum arwah meninggal allah telah sucikan dosa-dosanya terhadap kami, sesungguhnya bila kita di atas jangan sekali-kali menidakkan hak orang lain kerana kita tidak sukakanya sedangkan orang itu telah berkorban tenaga untuk organisasi yang kita sama-sama bernaung...masih terngiang-ngiang di telingaku saat aku bertemunya, dia memohon kemaafan dariku..meskipun lama tak bertemu ku tau ada keikhlasan pada kata-katanya...lalu setulus hatiku aku maafkan dia...semoga roh nya berada dikalangan orang yang di kasihiNya, Amin.

Tuesday, December 21, 2010

aduan awam Taman Bestari Nibong Tebal, Pulau Pinang


pada 22 hingga 23 september 2010, kami pasukan aduan awam dari UKSP telah membuat lawatan tapak bagi aduan yang diterima di taman Bestari Nibong Tebal Pulau Pinang, ini adalah lawatan tapak pertama ku di bahagian ini, aduan yang diterima dari orang awam berkaitan dengan bunyi bising di sebuah bengkel di taman perumahan ini, di sini tugas amat berlainan dengan bahagian lama, balik dari lawatan tapak kami mesti siapkan laporan aduan awam, sebagai orang baru disini aku perlu belajar dari bawah namum ianya tidak susah sebagaimana bahagian lama yang mana sekarang teman-teman ku sedang menyediakan laporan untuk RS, harapanku semoga semua yang terlibat dapat menerima tugas baru ini sebagai satu cabaran... kata orang alah bisa tegal biasa.