Kata orang kalau kita tidak menyukai sesuatu kita pasti tidak mahu melihatnya. biar pun hanya bayangan..begitulah aku..bukan tidak menyukai pada seseorang tapi pada persekiran dan pendapatnya...bila orang suka menuduh aku jadi meluat....semoga orang itu mendapat hidayah dari Allah...
Kemaafan adalah dendam yang terindah....
Sunday, February 23, 2014
Sunday, January 12, 2014
bosan
Siang tadi sekali lagi aku ke sini...ya..sorang2 sebabnya orang yang biasa menemaniku ada tugas di sarawak, jadi untuk memenuhi masa lapangku rasanya baik aku pergi urut kaki dan bahu, kalau seharian dipejabat dan asyik mengadap pc je memang le sakut vahu kita...
Thursday, January 9, 2014
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan....
Kadang-kadang bila membincangkan perkara ini aku meluat, dimanakah letaknya keadilan sekiranya penilaian diberi main suka hati saja....sepatutnya lihat dulu apakah sumbangan PYD..apakah pegawai yang menilai itu mempunyai hubungan terus dengan pegawai yang dinilai, lihat dulu beban tugas pyd..apakah hanya satu tugas atau lebih...adillah dalam pembahagian kerja agar anda juga tidak berdosa nanti..ingat dosa dengan manusia susah untuk kita pohon ampun...
Sepanjang aku bekerja, apa yang tak aku buat...semua ok...minit siap dalam masa 3 hari tapi tengoklah orang yang nak tanda tangan pula...surat menyurat semua ok...rekod hrmis ok...sejak aku datang ke unit ini cuti orang sini habis sebabnya aku rekod betul-betul bukan sambil lewa...ambil inisiatif sendiri...tengok kad perakam waktu dulu...memang ramai yang cuti kecemasan kalau pentadbir tu bengap..nampak nya joli katak le...dipejabat tak ada hujung tahun cuti bawa kedepan...ketahuilah apa yang kamu lakukan Allah nampak...usah takut pada aku...takut pada Allah.
Satu lagi aku nak sentuh....bila ada sesuatu mesyuarat dijalankan dan unit ni jadi urusetia aku bukan goyang kaki tau...bukan macam sesetengah orang macam pahat dengan pemukul...tak payah suruh semua urusan aku buat kecuali yang tempah hotel tu......itu kerja orang lain....dia memang mahir bab ni....tapi urusetia lain buat apa....paling aku sakit hati bila ada orang kata urusetia duduk tercongok saja....siapa?...lain kali cakap siang pandang2 le...oh ya lupa...apa jadi dengan blog yang aku buat tu...tak guna ke?...kadang2 aku fikir juga kenapa le nak susahkan orang..maklumat RT tu kan aku dah letak dalam blog...tengok saja ....
Wednesday, January 8, 2014
Selamat Tahun Baru 2014
Rasanya masih belum terlambat untuk ku ucapkan selamat tahun baru buat semua teman-teman dan sesiapa yang sudi menjengah ke blog pribadiku ini semoga kita diberi kesihatan yang baik, dilapangkan dada dari memikirkan sesuatu yang mengganggu emosi ingatlah sesungguhnya jika ada sesuatu yang buruk itu bertandang dalam kehidupan kita anggaplah ia sebagai dugaan dari Allah...
Setiap saat kupanjatkan doa moga hidup ini sentiasa diberkati dan aku tidak menjadi orang yang tamak...atau hipokrit baik dalam kehidupan atau kerjaya. Sesungguhnya banyak contoh didepan mata, ketidakadilan berlaku dimana-mana semoga apa yang telah berlaku akan mendapat ganjaran diakhirat nanti....
Tuesday, October 15, 2013
Baru Ku tahu siapa dia....
Pening kepalaku memikirkan minah yang sorang ni...lembut lidahnya bila berbicara dengan orang atasan..menyembunyikan kemelut yang ada dalam diri.. bagaikan ular...membelit dan menyembur bisa tak kira pada siapa asalkan diri terselamat....hakikatnya..hanya Allah saja yang tahu sikapnya dari dulu tak pernah berubah....
Seribu alasan diberi bila pihak atasan bertanya....untuk menyelamatkan diri....pentadbir cuti dituduh macam-macam..bos lama dikata terlalu sibuk...tapi bila dia hilang tanpa berita kami disalahkan....kononnya tak memaklumkan cuti tanpa gajinya tidak diluluskan...berkali-kali bos memaklumkan dalam mesyuarat...kalau tidak hadir tugas maklumkan...namun degil...EGOnya terlalu tinggi...dia lupa kami tahu siapa dia kenapa dia ditukarkan ke Unit ini....
Masihku ingat semasa dia datang kepejabat suatu hari tu...jam 2 petang...masa tu dia tak punch...aku panggil namanya minta punch kad tapi dia buat bodoh je....bila di tanya katanya ke klinik..mana timeslip...tak bagi puas minta macam pengemis baru bagi...jadi kesimpulannya ...sifat yang macam sendu atau lembut tu sebenarnya berbeza dengan sikap yang ada pada dirinya....doa ku moga kau berubah.....
Wednesday, October 9, 2013
kesihatanku terganggu
Telah lebih dari seminggu aku demam namun aku tak kan ambil cuti sakit apalagi dari klinik swasta..kali pertama ke klinik diberi mcm2 ubat...ngantuk sangat...tapi apakan daya terpaksa memandu juga...kalau tidak siapa yang bak hantar pergi dan balik kerja...aku bukan jenis manja...selagi terdaya..buat sendiri semuanya..
Wednesday, September 4, 2013
Salam Perpisahan buat Pn Agnes Johari
| Kami yang bernama wanita di UPP...... |
| Tunggu....jangan terbang .... |
| Hari-hari terakhir pun masih banyak kerja...inilah UPP |
29 Julai 2013 adalah hari terakhir bagi Pn Agnes Johari bertugas di Unit Penyelarasan Projek..kami warga UPP telah mengadakan majlis jasamu dikenang buat beliau....majlis ini juga turut dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi JPBD....
Semoga Pn Agnes gembira di sana...dibumi kelahiranya...bumi kenyalang...kami warga UPP merakamkan ucapan terima kasih atas semua tunjuk ajar...juga budi baiknya sepanjang menerajui UPP....
Sunday, July 7, 2013
myRTinfo
Masih ingat, hari itu 31 Jun 2013 semasa Mesyuarat Cadangan Perbelanjaan Rolling Plan ke Empat Tahun 2015, wakil KU UPP berjanji untuk sediakan blog dalam masa tiga hari dan akulah yang diamanahkan untuk membangunkannya....lalu kuminta bantuan dari Khalid dan Epul untuk membantu...khalid bantu upload semua RT dan Peta Cadangan dalam issuu.com manakala epul bantu scan report yang tidak ada soft copy....dan Ley pula ku minta untuk memberi info tentang Status Penyediaan RT, manakala aku selain dari membangunkan blog ini, tugasku juga ialah untuk upload maklumat asas Perancangan yang telah UPP sediakan...
Alhamdulillah..janji telah ditepati....namun ia semacam tak ada apa2 perkembangan...nasib baik aku tak delete...biasanya kalau apa yang aku diminta buat dan telah siap tapi dibiarkan begitu saja aku pasti akan delete terus....namun belum sempat ku lenyapkan....bosku sms agar jangan delete.....pihak STM telah linkkan melalalui website townplan...lalu kekallah ia di seperti di atas....tugas kami adalah untuk mengemaskini setiap masa.....mengharapkan banyak lagi softcopy dari pejabat2 zon...jasa baik kalian dalam membantu memberi apa yang kami minta tetap kami ingati....semoga semua informasi dapat membantu mereka yang memerlukan....
Monday, May 20, 2013
anugerah hari pekerja
hari itu, 8 Mei 2013 sekali lagi mencatat sejarah dalam hidupku...walaupun anugerahnya agak biasa saja tapi aku tetap gembira, dalam keadaan kakiku yang masih sakit, ku gagahi jua untuk turut serta..terima kasih buat semua....khasnya buat yang menilai...juga KESPERB ...sebenarnya kami bertiga tak pernah datang lambat, tak pernah mengambil cuti sakit dan tak pernah cuti kecemasan....
Subscribe to:
Posts (Atom)






