Kemaafan adalah dendam yang terindah....


Kemaafan...adalah DENDAM YANG TERINDAH

Thursday, February 28, 2013

Kerja! oooo kerja!....

Semalam, 28 Februari 2013 ketenanganku digugat....satu panggilan dari Pejabat Pejabat Projek Zon Utara membuatkan aku tersentak!...dari seorang juruteknik J22 kepada PPP J36, memaklumkan hanya Unit Penyelarasan Projek sahaja yang belum menghantar Laporan Maklum Balas Pelanggan, bila J36 bertanya aku katakan aku telah emelkan soft copy kepada yang berkenaan dan hard copy dah dihantar pada 20 februari 2013, mustahil laporan berkenaan hilang.

 Untuk pengetahuan kalian, biar apapun tugas, biar seberat mana pun aku pasti siapkan dalam jangka masa yang diberi, sebenarnya laporan ini telah lama disiapkan bila aku nak emel datang lagi borang2 dari bahagian yang lewat hantar, jadi aku mesti bermula dari awal kembali, analisis dan edit laporan tersebut..sememangnya bagi orang yang tak pernah buat kerja begini menganggap benda ni senang ...apakata anda yang rasa...tak ke pening...

Aku pun tak pasti sehingga sekarang apakah laporan tersebut sudah ada dalam fail mereka atau hilang dijalanan...kalau yang emeltu aku boleh buktikan kerana aku memang simpan semuanya...jadi untuk sesiapa yang terlibat...semak dulu dalam fail, semak dulu emel sebelum menelefon dan mengatakan hanya UPP yang belum hantar..bukan apa takut memakan diri sendiri saja...

Wednesday, February 27, 2013

Mesyuarat Pertama di Tahun 2013

Puan Pengerusi memberikan ucapan aluan

Kami di Unit Penyelarasan Projek (UPP)

Meraikan hari ulang tahun kelahiran pegawai (bulan Januari 2013)

emmmm pasti lazat...
Mesyuarat pertama ditahun baru....semangat baru, azam baru.....semoga kita tetap bekerja dalam satu pasukan...saling membantu....

Tuesday, February 26, 2013

Persaraan Cik Latifah

menunggu hidangan
antara sahabat yang datang
gambar kenangan sebelum berpisah
cik tip sedang memberi ucapan perpisahan
Sempena persaraan Cik Latifah dan Pn Zaharah, kami rakan-rakan lama mengadakan sedikit jamuan perpisahan buat mereka biar pun secara kecil-kecilan, namun ianya tetap berbekas dihati...buat Tip, senyuman mu tetap menjadi kenangan...biarpun kita tidak lagi dalam satu jabatan, namun hubungan persahabatan tetap kekal buat selamanya...selamat bersara pilihan buat mu...

Sunday, February 24, 2013

Hargai lah nyawa yang dipinjamkan (tragedi bunuh diri di BTS)


Satu tragedi yang meragut nyawa
Tak dapat dibayangkan betapa sedihnya insan yang menyayanginya....entah kenapa jalan ini yang dipilihnya....walau apapun kita hanyalah mampu bersimpati...secara tak sengaja menyaksikan tragedi ini...dalam perjalanan balik dari tempat lain...melihat ramai orang memandang ke bawah....aku pun turut serta rupa2nya ada seorang wanita telah terjun dari tingkat enam, wanita berbangsa cina...rasanya ini bukan kali pertama tempat ini menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menamatkan riwayatnya...

Selamat Datang 2013

Rasanya masih belum terlewat untuk ku sampaikan ucapan selamat menyambut tahun 2013 buat semua sahabat juga sesiapa saja yang mengunjungi blog ini...doaku agar ditahun 2013 ini kita dianugerahkan kesihatan yang baik juga hidup penuh keceriaan, disamping itu kita juga tak lupa untuk memanjatkan doa agar perjalanan hidup yang sedetik cuma akan diberkati oleh Allah....semoga kita sentiasa dipermudahkan dalam apa jua bidang  yang kita ceburi oleh Allah.

Bagi diriku pula, sepanjang dua bulan tahun baru menjengah, ada suka dan dukanya.. ya! ...sebutir permata yang hadir dalam hidup kami telah mengguriskan hati kami...membuat jantungku berhenti berdenyut...terfikir juga dalam hatiku...alangkah malunya keluarganya kalau mengetahui semua ini...kata orang aib diri seseorang itu usah didedahkan...jadi peluang kedua dan terakhir kami berikan...juga sebuah  kemaafan telah kami titipkan  padanya...semoga tidak akan berulang kisah yang amat menyakitkan kami...hargailah kasih sayang yang diberi..... sesungguhnya Allah Maha mengetahui segalanya....dan ingatlah Kemaafan adalah dendam yang terindah....