Kemaafan adalah dendam yang terindah....
Wednesday, July 9, 2008
Ingatlah tentang ujian Tuhan
Lupakah anda bahawa anda pernah di uji oleh Allah !..ya! mendapat sakit yang merbahaya !lalu allah sembuhkan kerna Dia mahu anda berubah...jadi manusia yang adil....tapi dimana anda?... peluang yang Allah berikan untuk berubah tidak digunakan...anda masih lagi menyakiti orang lain...
Monday, June 30, 2008
hati-hati memberi sewa rumah anda!
Inilah rumah ku dikuantan...dua kali di sewa oleh manusia yang tak bertanggung jawab, kes pertama rumah ku rosak teruk bila penyewa melatak mesin basuh dalam bilik tidur...habis dekat 10k juga membaikinya, masa pindah pagar rumahku dilanggar lori..habis lagi.... kemudian masuk le....yang sepasang suami isteri muda...rugi lagi dekat 5k...
Thursday, June 26, 2008
Kuantan
Pemandangan bandar kuantan dari jambatan tanjung lumpur, hampir lima tahun meninggalkan kuantan, terasa betapa cepatnya ia membangun, keidahan tetap terpelihara....
Sunday, June 22, 2008
Kenapa jadi begini?
Tanggal 2-4 jun 2008 masih terpahat kukuh dalam sanubariku....dan foto diatas!...bangunan hotel helang langkawi membuatkan aku keliru, aku telah diarahkan untuk menggantikan orang atasanku berkursus di langkawi...biasalah aku!...tidak akan membantah bila menerima tugas..apalagi dari pegawai atasan ku, namun pemergianku mengundang kemarahan pada pihak lain, yalah...mungkin bagi orang lain langkawi ini syurga beli belah tapi tidak bagiku, aku memang kerap kesana apalagi PDRM ada mess untuk pegawainya disana, aku rasa orang lain tak patut malu aku yang pergi sebab PBT banyak yang hantar wakil sama jawatan dengan ku..lagipun apa yang diterangkan masa kursus dah sebati dengan aku kerana bab-bab penguatkuasaaan dan penyiasatan ini aku dah tau...apalagi kanun acara jenayah....aku jadi malu bila gred yang atas tak tau apadia rakaman percakapan...malu!..malu!...benda ni dah sebati dengan aku..bertahun aku tinggal serumah dengan orang yang mahir dalam bidang ini.
Wednesday, June 18, 2008
Bagaimana jadi bos yang disayangi
Bukan senang untuk menjadi bos disayangi oleh orang bawahan sekiranya sikap dibawah ini membaluti diri anda:
- Pilih kasih dan tidak profesional dalam menangani masalah
- Mendengar kata sebelah pihak sahaja tanpa memanggil pihak yang satu lagi
- Senang di bodek oleh si pembodek, sepatutnya anda nilai dan fikirkan dahulu secara waras perilaku pembodek tersebut, ingatlah politik pejabat lebih kejam dari politik lain, pembodek akan mencari mangsanya, biasanya pembodek ini terdiri dari kalangan yang tidak berminat untuk bekerja tetapi inginkan pujian yang melangit dari anda, tanpa anda ketahui pembodek sebenarnya hanya tau mengipas anda dengan gosip yang direka, sebagai bos anda sepatutnya tidak terlibat dengan gosip pejabat...FOKOSLAH PADA PENYELESAIAN TUGAS BUKANNYA BERGOSIP.
- Berkomunikasilah dengan orang bawahan dengan cara yang baik bukan nya membuat tuduhan tanpa bukti, ini akan mengguris hati orang lain.
- Anda harus tahu batas-batasnya walau macammana baiknya anda dengan seseorang (pembodek) anda harus tahu posisi anda dimana anda adalah BOSS! jangan biarkan sikadok naik junjung!
Sunday, June 15, 2008
Pulau Perhentian
Pulau Perhentian....inilah realiti kehidupan disini....keindahan alam yang masih terpelihara alunan ombak yang menghiburkan bersama air laut yang kehijauan memberikan ketenangan pada siapa saja yang berada disini, Pulau ini kaya dengan kehidupan laut yang pelbagai...sebuah pulau yang damai dan indah, anda boleh sampai ke pulau ini melalui jeti kuala besut dengan perkhidmatan bot laju dan kadar tambangnya adalah rm 35.00 seorang, terdapat sebuah restoran di jeti Pulau perhentian untuk sesiapa yang ingin mengisi perut.....
Subscribe to:
Posts (Atom)