Kemaafan adalah dendam yang terindah....


Kemaafan...adalah DENDAM YANG TERINDAH

Wednesday, June 18, 2008

Bagaimana jadi bos yang disayangi

Bukan senang untuk menjadi bos disayangi oleh orang bawahan sekiranya sikap dibawah ini membaluti diri anda:
  • Pilih kasih dan tidak profesional dalam menangani masalah
  • Mendengar kata sebelah pihak sahaja tanpa memanggil pihak yang satu lagi
  • Senang di bodek oleh si pembodek, sepatutnya anda nilai dan fikirkan dahulu secara waras perilaku pembodek tersebut, ingatlah politik pejabat lebih kejam dari politik lain, pembodek akan mencari mangsanya, biasanya pembodek ini terdiri dari kalangan yang tidak berminat untuk bekerja tetapi inginkan pujian yang melangit dari anda, tanpa anda ketahui pembodek sebenarnya hanya tau mengipas anda dengan gosip yang direka, sebagai bos anda sepatutnya tidak terlibat dengan gosip pejabat...FOKOSLAH PADA PENYELESAIAN TUGAS BUKANNYA BERGOSIP.
  • Berkomunikasilah dengan orang bawahan dengan cara yang baik bukan nya membuat tuduhan tanpa bukti, ini akan mengguris hati orang lain.
  • Anda harus tahu batas-batasnya walau macammana baiknya anda dengan seseorang (pembodek) anda harus tahu posisi anda dimana anda adalah BOSS! jangan biarkan sikadok naik junjung!

1 comment:

nasa said...

aik? tukar tajuk nampak! Hari tu keindahan alam...