Kemaafan adalah dendam yang terindah....


Kemaafan...adalah DENDAM YANG TERINDAH

Sunday, June 22, 2008

Kenapa jadi begini?


Tanggal 2-4 jun 2008 masih terpahat kukuh dalam sanubariku....dan foto diatas!...bangunan hotel helang langkawi membuatkan aku keliru, aku telah diarahkan untuk menggantikan orang atasanku berkursus di langkawi...biasalah aku!...tidak akan membantah bila menerima tugas..apalagi dari pegawai atasan ku, namun pemergianku mengundang kemarahan pada pihak lain, yalah...mungkin bagi orang lain langkawi ini syurga beli belah tapi tidak bagiku, aku memang kerap kesana apalagi PDRM ada mess untuk pegawainya disana, aku rasa orang lain tak patut malu aku yang pergi sebab PBT banyak yang hantar wakil sama jawatan dengan ku..lagipun apa yang diterangkan masa kursus dah sebati dengan aku kerana bab-bab penguatkuasaaan dan penyiasatan ini aku dah tau...apalagi kanun acara jenayah....aku jadi malu bila gred yang atas tak tau apadia rakaman percakapan...malu!..malu!...benda ni dah sebati dengan aku..bertahun aku tinggal serumah dengan orang yang mahir dalam bidang ini.

No comments: